WEBSITE MULA BISNES ONLINE

WEBSITE PROFESIONAL HARGA BUDGET

RM1000 Sahaja

KHUSUS UNTUK ANDA YANG...

Baru Nak Mula Niaga Online

Dengan ekonomi yang mencekik sekarang ni, anda ambil keputusan bijak untuk mula bisnes internet. Kos mula dan operasi perniagaan internet adalah amat kecil berbanding perniagaan batu-bata biasa. Pakej ini memang khusus untuk anda.

Tak Ada Pengetahuan Bina Website

Jika anda tak tahu apa itu web hosting, domain name, WordPress, SEO, Copywriting, URL, Content Sitemap, UX, HTML, CSS dan lain-lain hal berkaitan rekabina website, tahniah, inilah pakej untuk anda.

Tak Tahu Tulis Ayat Jualan

Tak reti menulis ayat-ayat jualan? Tak da hal! Hari ini, kami akan bantu anda dengan ayat jualan. Tapi of cos la anda kena bantu kami juga dengan bagi kandungan yang sesuai berkenaan perniagaan anda..

Tak Ada Masa Nak Belajar Semua Benda Dan/Atau Tak Mau Pening-pening Belajar Itu-Ini

Tak perlu tangguhkan hasrat mula bisnes kerana nak belajar dulu bina website dan habiskan duit modal untuk belajar. Kami sarankan buat website dulu, bila dah jalan, baru belajar website secara praktikal dengan website sendiri. Baru anda tahu apa yang anda tak tahu dan boleh belajar dengan lebih efektif.

Baru Nak Cuba-cuba Bisnes Online: Takut Gagal

Kami faham benar anda perlu minimakan risiko anda, kami pun macam tu. Apa jadi kalau dah belanja ribu-riban kemudian bisnes masuk cul-de-sac (jalan mati), terhempas ke dinding, tak ke meraung?! 😭 huhuu.. Dengan pakej ini kos mula minima, dan risiko anda pun direndah.

Modal Pelaburan Kecil

Jika betul caranya, perniagaan internet ini amat kecil pelaburan mulanya. Kalau salah tempat, memang boleh jadi mahal pastu ntahapa yang dapat. Pakej ini sebijik cara kami mulakan Rekawebsite.com, simple, murah. So tak perlu tangguh lagi untuk menabung yang tak penuh-penuh buat modal mula yang besar.

Fokus 1 Produk / Servis Sahaja

Inilah cara terbaik. Fokus pada satu produk / servis dahulu. Buat sales sampai lebam. Bagi servis atau produk tu jadi flagship bisnes anda. Kemudian baru kembangkan perniagaan dengan tambah lagi produk atau servis, termasuk lah mengupgrade website ini. Baru nanti anda upah kami untuk buat website korporat pula. Baru ‘A’. 👍

Nak Website Balik Modal

Nak balik modal kena tahu sukat sejauh mana pulangan yang masuk. Banyak pakej website tinggalkan pelanggan tak tahu macam mana nak sukat semua ni, tak tahu berapa ramai sampai, dari mana sampai, dan banyak lagi yang penting, Semua ada dalam pakej ini.

Nak Website Profesional Tapi Murah

Inilah tempatnya. Inilah pakejnya. Kalau tak percaya, teruskan baca nanti, check sendiri apa yang kami tawarkan… cakap nanti, macam masuk bakul angkat sendiri pula. So, anda pandang, selidik dan putuskan sendiri.

Perlu Nasihat Pakar Yang Tak Cekik Darah

Lebih 19 tahun dalam bidang web dan multimedia, nak-tak-nak kami tak boleh bagi anda nasihat yang tak pakar. Tu je la nasihat yang akan anda dapat. So jangan risau, untuk pakej ni nasihat pakar dah termasuk dalam harga tu..

Dah Ada FB Page Bisnes Dan Nak Upgrade Brand Dengan Website

Tahniah jika anda merancang untuk upgrade Brand dan Imej anda dengan website. Nampaknya you know your game. Website boleh lonjak bisnes anda jauh kehadapan kerana brand dan kredibiliti bisnes anda boleh meningkat berkali-kali ganda. Ramai menjual di FB. Tapi tak ramai penjual FB ada website. Yang ada website itu, selalunya established. Itu persepsi ramai pelanggan.

Nak Bebas Buat Kempen Marketing Tanpa Halangan

Ya betul. Bijak. Dengan website sendiri, kempen pemasaran anda tidak terhad kepada garispanduan yang ditetapkan oleh orang lain —Facebook contohnya. Anda boleh jadi lebih agresive atau sebagaimana yang anda suka. Tiada halangan.

Kalau Anda Punyai Antara Sebab Di Atas

Pakej ini memang tepat-pekat-melekat untuk anda.

APA YANG ANDA AKAN DAPAT?

Tarik nafas dalam-dalam, banyak yang nak bagi neh...

Domain Name - (1 Tahun)

Kami tolong daftarkan nama domain pilihan anda untuk 1 tahun dengan badan internet yang berkenaan. Tahun berikutnya, kami akan ingatkan anda bila hampir masa renew. Terpulang untuk anda nak atau tak nak sambung atau nak buat sendiri.

Macam road-tax kereta anda la, nak buat sendiri boleh, nak minta kami buatkan pun boleh.

Web Hosting - (1 Tahun)

Web Hosting adalah tapak bagi rumah (website) anda. Kami akan daftarkan untuk anda hosting yang cukup bagi keperluan anda mula bisnes selama setahun.

Apabila perniagaan anda berkembang nanti dan perlukan ciri yang lebih baik, anda upgrade ketika itu. Tak perlu anda bazirkan duit untuk perkara yang tidak anda perlukan sekarang.

Kalau tak, maintain sahaja pada tahun berikutnya. Sama je macam insurans kereta, nak kami buatkan atau nak buat sendiri, terpulang pada anda.

Tahun pertama kami cover (termasuk dalam harga pakej) -jangan risau.

WordPress

Kami akan pasangkan untuk anda CMS Website yang paling popular di internet. Dengannya kerja anda menguruskan website jadi mudah. Terdapat pula banyak tutorial percuma bagaimana nak guna WordPress di internet. So kalau anda nak, nanti boleh belajar slow-slow.

Bukan sekadar pasang standard sahaja, tetapi website anda juga akan di setting paling optima untuk operasi live. Seperti cara url anda ditulis, bagi mudah SEO, ++

Dengan WordPress ini juga kami akan pasangkan beberapa plugin sokongan yang percuma (untuk rendahkan kos mula anda) yang popular, stabil dan menjadi pilihan pengguna profesional untuk membantu pengoperasian website.

Antara plugin itu ialah:

Plugin Statistik

Banyak website tidak tahu pun samada website mereka balik modal atau tidak. Antara sebab utamanya ialah tidak tahu, tidak boleh dan tiada alat untuk menyukat RoI.

Untuk anda kami pasangkan plugin ini supaya anda nampak berapa pengunjung setiap hari. Barulah anda tahu, kalau kurang bagaimana pula nak rangka strategi untuk tarik pengunjung. Jadi anda bukan dapat website syok sendiri.

Plugin SEO

Terdapat lebih 3.8 juta carian di Google dalam seminit. SEO dapat membantu anda dijumpai oleh pengguna yang mencari anda di search engine. Dengan plugin ini SEO asas tidak lagi terlalu teknikal, anda hanya perlu ikut sahaja petunjuk yang ada untuk memastikan website anda sentiasa patuh SEO.

Dengan itu, perniagaan anda akan berpotensi terdedah kepada berjuta-juta pengguna yang gunakan search engine seperti Google.

Plugin Sitemap

Dengan sitemap ini, kandungan anda akan lebih mudah diindeks oleh search engine. Memberikan peluang tinggi untuk website anda disenaraikan pada keputusan carian yang baik.

Sitemap yang dipasang ini perlu didaftar secara manual kepada searh engine dan hanya webmaster berpengalaman sahaja yang tahu bagaimana untuk melakukannya.

Keselamatan Website

Ada laporan mengatakan lebih 30,000 website diceroboh setiap hari. Dan yang paling terdedah kepada pencerobohan ialah yang tak pandai nak lindungi website tu dengan membiarkan pada pemasangan asas sahaja.

Disebabkan WordPress adalah suatu Sistem Pengurusan Kandungan yang sangat popular di internet, percuma pulak tuh, jadi banyak puak-puak nakal yang selalu test power untuk pecah masuk website WordPress anda ni.

Supaya anda tidak pening kepala bila website kena hack, nak keluar duit lagi untuk betulkan, jadi kami pasang siap-siap beberapa plugin untuk bantu anda seperti berikut . . .

Plugin Pak Guard

Antara tempat ceroboh paling fevret budak-budak nakal internet ialah pada pintu masuk WordPress itu sendiri, iaitu tempat anda login.

Cubaan masuk di sini biasa dibuat dengan perisian yang akan serang pintu itu dengan teknik “brute force”.

Hentaman  dengan beribu bahkan berjuta cubaan kombinasi katalaluan sampai dapat masuk. Kalau anda pakai katalaluan yang mudah seperti “passw0rd”, memang lauk le dikerjakannya.

Jadi di samping kami tekankan cara penggunaan katalaluan yang betul dan selamat, kita letak Pak Guard sorang kat sini.

So budak nakal tu hanya boleh teka 3 kali katalaluan sahaja sebelum dikunci tak boleh masuk lagi kecuali tunggu mungkin 1 jam selepas itu untuk 3 kali cubaan lagi.

Ini meningkatkan keselamatan website anda dengan drastik.

Plugin Sistem Pagar Api

Selain Pak Guard anda juga dapat Sistem Pagar Api (firewall). Betul ni. Bukan main-main! Ada dinding apiiiii… 🔥🔥🔥🔥🔥

Sistem ini bukan sahaja halang budak nakal, tetapi juga robot-robot mereka yang dihantar untuk melumpuhkan Sistem Pengurusan Kandungan WordPress anda.

Sistem ini punyalah canggih, sekiranya website orang lain diserang oleh suatu robot baru, sistem pertahanan itu akan update sesama sendiri, dan sistem pertahanan yang dipasangkan di website anda juga akan turut bersedia menghadapi variant robot / virus baru itu.

Bukan sahaja Sistem Pertahanan ini akan block bots, tetapi setiap bots yang sekapal dari kampung yang sama juga akan turut dihalang.

Pointnya satu je. Tak mahu anda pening kepala bila dah kena. So kita ambil langkah pencegahan yang thorbaek. 👍

Prestasi Website

Kecepatan loading adalah satu faktor penting bagi sesebuah website.

Bila website cepat terpapar pada skrin, pengunjung akan merasa lebih selesa melayari website itu.

Tetapi kalau tidak, pengunjung mungkin akan batalkan hasratnya dan mencari website pesaing anda yang lebih cepat load.

Untuk anda, kami pasangkan dua plugin asas ini bagi memastikan website anda lebih cepat terpapar daripada pemasangan standard WordPress.

Pugin Turbo Boost Cache

Plugin ini akan simpan cache fail-fail yang sering digunakan, terutamanya untuk anda. 

Jadi setiap kali load halaman anda akan terpapar lebih cepat.

Pugin Turbo Boost Compressor

Plugin ini pula akan memampatkan fail-fail gambar anda supaya beban yang perlu dimuat ketika pengunjung buka website anda tidak terlalu berat.

Selain cepat, ini juga akan menjimatkan penggunaan ruang trafik server anda. Oleh itu server anda boleh layan banyak lagi pengguna.

Halaman Jualan

Ini merupakan penampil utama website anda nanti.

Halaman jualan atau dikenali dengan Landing Page atau Lead Page atau Sales Page adalah halaman yang fokusnya hanya kepada satu perkara iaitu pengunjung ambil tindakan untuk jadi pelanggan anda.

Tidak ada elemen-elemen yang akan mengganggu perhatian pengunjung.

Pakar-pakar perniagaan dunia dan tempatan seperti Dr. Irfan Khairi, SifuFbAds Jamal dan Najib Asaddok juga menggunakan konsep halaman jualan pada website mereka. Lihat video..

Bukan mereka sahaja, bahkan syarikat gergasi seperti Apple, Google dan banyak lagi syarikat lain juga menggunakan konsep halaman jualan bagi menjual produk atau servis mereka.

Anda akan dibantu untuk buat satu halaman jualan, dan anda boleh tambah halaman jualan anda sendiri pada bila-bila masa sebanyak yang anda suka.

Bantuan Penulisan Ayat Jualan

Jika anda tidak tahu menulis ayat jualan, jangan risau. Kami bantu anda.

Kami akan rangkakan apa yang perlu ada pada halaman jualan anda, kemudian anda cuma penuhkan tempat kosong sahaja nanti.

Ini bukan penulisan penuh, kami cuma bantu anda sahaja. Kerana jika anda perlukan khidmat penulisan (penuh) ayat jualan nanti kos anda akan naik.

Halaman Sokongan

Jika anda perlukan halaman sokongan untuk halaman jualan anda itu tadi, kami akan bantu anda buat 3 halaman sokongan tambahan.

Nanti bila anda dah pandai anda boleh tambah sendiri seberapa banyak halaman yang anda mahu.

Biasanya halaman sokongan digunakan untuk: (a) Halaman cara bayar. (b) Halaman berisi borang maklumat, cth: terma dan syarat (c) Halaman berkenaan latar belakang syarikat anda.

Borang Maklumbalas

Anda juga akan dibantu untuk buat sehingga 3 borang maklumbalas.

Sama seperti halaman-halaman lain, borang ini juga anda boleh tambah sendiri, tapi kami tolong buatkan untuk kali pertama.

Biasanya borang maklumbalas ini akan digunakan untuk (a) Ambil maklumat pelanggan (b) Cara untuk pelanggan menghubungi anda. Maklumat daripada borang ini akan dihantar kepada email anda.

Bantuan Image Editing

Gambar merupakan aspek yang amat penting dalam sales copy pada halaman jualan anda. Anda perlu punyai gambar yang sesuai untuk dipaparkan.

Dan gambar itu pula perlulah gambar dengan saiz (resolusi) yang sesuai (tak nak la gambar besar gambar passport tu je -kenot gitu!).

Anda beri gambar, kami akan bantu edit dan touch up gambar tu supaya jadi lebih profesional dan sesuai. 

Blog Tersedia

Dengan Sistem WordPress ini, sistem blog sudah tersedia.

Anda boleh menulis artikel yang bernilai untuk pengunjung dan pelanggan anda.

Dengan cara ini, anda boleh “memujuk” Google supaya menyenaraikan anda pada kedudukan yang baik pada halaman keputusan carian.

Susunatur Responsive

Harini, lebih 56% orang melayari website melalui smartphone.

Jadi skrin anda akan dibuat untuk mesra smartphone.

Bukan sahaja anda dapat satu susunatur website, tetapi tiga yang akan menyesuaikan diri dengan tiga skrin umum iaitu skrin desktop, skrin tablet dan skrin smartphone.

Dengannya pengalaman pengunjung akan jadi lebih baik, dan lebih peluang untuk anda dapat sales.

Penampilan Profesional

Tanpa penampilan yang sesuai dan meyakinkan, orang mungkin tidak percaya dengan anda.

Anda sendiri akan curiga kalau orang yang nak jual BMW 5 Series kepada anda itu hanya memakai t-shir Pagoda dan berseluar pendek, kan?

Website anda juga begitu. Jadi rekabentuk website nanti juga akan mengambilkira perasaan pelanggan anda.

Sistem Atur Kandungan Maveles

Ini adalah plugin premium berbayar. Dengan plugin ini website WordPress anda akan jadi website ULTRA WordPress dan bukan biasa-biasa lagi.

Anda akan dapat 40+ komponen untuk reka landing page anda sendiri dengan mudah.

Anda juga akan dapat template (acuan) susunatur profesional sedia ada.

Lesen penuh plugin adalah milik kami, anda diberi kebenaran guna sahaja selama hayat website yang anda bayar ini masih ada.

Tetapi kalau anda mahukan lesen penuh, pun boleh sembang tepi.

Berikut adalah antara ciri-ciri penting yang akan memudahkan anda reka sendiri halaman jualan anda dengan mudah.

Video

Ceritakan tentang produk anda dengan video. Dan ubah-suai kedudukan video bagi memberikan impak yang berkesan.

Video Slideshow

Bukan sahaja satu video, tetapi anda juga boleh parkan siri video-video yang menarik seperti testimoni pelanggan.

Image

Paparkan imej secara mudah dan menarik. Imej yang diketik akan dibukan pada paparan lightbox.

Image Gallery

Paparkan album gambar anda dengan cara yang boleh disesuaikan dengan branding anda.

Image Slideshow

Untuk kesan yang lebih kaw, gunakan image slideshow sebagai pentas utama paparan produk atau servis anda.

Teks

Tulis dalam blok blok mudah alih untuk anda menyesuaikan dengan susunatur yang optimum.

Blurp

Ringkaskan point-point anda dengan blurp yang boleh memaparkan teks, icon dan gambar secara menarik.

Borang Maklumbalas

Bina borang yang sesuai dengan kehendak anda. Borang yang dihantar akan terus masuk ke dalam inbox email yang anda tetapkan.

Jadual Harga

Paparkan perbandingan harga antara produk atau serbis anda untuk membantu pelanggan buat pilihan dengan cara yang 'kacak'.

Butang CTA

Tarik pelanggan untuk bertindak dengan butang CTA (Call To Action) ini yang boleh disesuaikan dengan penjenamaan website anda.

Count Down Timer

Paling sesuai untuk anda adakan count down Tawaran Murah atau sebagainya, time ini akan memberikan impak tambahan.

Percent Counter

Anda juga boleh gunakan percent timer ini untuk kiraan menaik kepada peratus yang anda kehendaki, contoh "100% kepuasan pelanggan".

Number Counter

Counter ini menunjukkan bilangan nombor, seperti kiraan stok: "hanya 20 tempat sahaja tinggal"

Accordion

Untuk menyusun kandungan anda yang banyak dalam susunan kemas, accordion ini amat berguna.

Tab

Tab juga adalah satu lagi cara untuk anda menyusun kandungan anda agar mudah dicerna oleh pelanggan.

Last sekali . . .

Siap Seminggu

Secara idealnya, website anda kami rancang untuk siapkan dalam masa seminggu atau kurang.

Kebiasaannya, kelewatan website siap adalah pada fasa menyiapkan kandungan.

Sekiranya kandungan anda boleh siapkan cepat dan beri pada kami, lagi cepat website anda siap.

Tempoh masa tertakluk kepada terma dan syarat.

Sokongan 90 Hari

Selepas sahaja website anda siap, anda boleh tidur dengan lena sebab kami akan standby sekiranya ada apa-apa yang masih anda perlukan untuk 90 hari berikutnya.

Khidmat sokongan adalah tertakluk kepada terma dan syarat.

Semua ini hanya..

RM1000

sahaja….

Dengan RM1000 anda dapat:

  • 1. Domain Name (1 Tahun)
  • 2. Web Hosting (1 Tahun)
  • 3. WordPress CMS
  • 4. Plugin Statistik
  • 5. Plugin Bantuan SEO
  • 6. Plugin Sitemap
  • 7. Plugin Pak Guard
  • 8. Plugin Sistem Pagar Elektrik
  • 9. Plugin Turbo Boost Cache
  • 10. Plugin Turbo Boos Compress
  • 11. Halaman Jualan (1x)
  • 12. Bantuan Copywriting
  • 13. Halaman Sokongan
  • 14. Blog Tersedia
  • 15. Borang Maklumbalas
  • 16. Bantuan Image Editing
  • 17. Susunatur Responsive
  • 18. Penampilan Profesional
  • 19. Sistem Atur Kandungan Marveles
  • 20. Siap Seminggu
  • 21. Sokongan 90 Hari (Warranty)

Anda juga dapat . . .

  • 22. Jimat Masa. Anda tidak perlu buang masa untuk belajar buat website sendiri.
  • 23. Lebih Nilai. Anda dapat khidmat dan nasihat lebih 19 tahun pengalaman.
  • 24. Diyakini. Anda dapat setting terbaik yang sama dengan apa yang kami pakai.
  • 25. Jimat Kos. Anda jimat kos belajar, kos buat website pun tak mahal, dapat pula ciri yang berguna untuk anda.
  • 26. Dengan Plugin Maveles tadi anda dapat lagi 40+ komponen untuk memudahkan anda buat sendiri website anda nanti.

Jadi anda punyai  

60+ sebab

untuk memilik website mula bisnes online dari rekawebsite.com harini.

Berbaloi kan…

 

Harga sebenar kami nak letak untuk pakej ini ialah RM1800.

Website korporat pun biasanya tak kurang daripada RM3000. So, kami rasa RM1800 untuk tawaran macam ni dah murah sangat dah. Apatah lagi ada promosi diskaun lagi 45% tinggal hanya RM1000.

Mana nak dapat??

Tapi tawaran promosi ni tak boleh la selagi ada bulan dan bintang, kan?

Sampai bila tawaran ni?
Allahu a’lam.

InshaAllah harga akan jadi harga cadangan asal RM1,800.

Bila?
Belum tentu.

Kami tak mahu tekan anda untuk beli harini, dengan letak count-down counter tipu kata pukul 12 malam ni harga berubah. Macam counter kat bawah ni…

Jam
Minit
Saat

…Tak baik macam tu, kan? Kami cari rezeki halal, bukan rezeki dari memeras dan menipu.

Jujurnya kami tak tahu bila nak tukar. Tapi inshaAllah akan tukar. Dan kalau anda follow tawaran ni, dah beberapa kali tukar offer dalam dua minggu ini. So, memang tak ada jaminan berapa lama harga/offer akan kekal.


~ . ~


By the way, ni antara screenshot projek-projek korporat kami yang dulu-dulu.

Kenapa Murah Sangat? Moskel je..

Bagi anda yang terkejut kenapa murah sangat, ini cerita kami.

1. Tawaran Pelancaran

Sebab ini tawaran pelancaran servis kami. Jadi ni kira harga promosilah.

2. Pengalaman

Dengan pengalaman anda dapat buat sesuatu tu dengan mudah. Anda tahu banyak shorcut, tak perlu susah payah. Bila dah mudah, ada pilihan nak charge mahal atau murah. Kami pilih murah. Kami pilih untuk bantu. Sebab kami tahu kami juga perlukan bantuan. Kan kata ahli bijaksana: “Erti hidup pada memberi” . . .

3. Bisnes Online maa…

Kami kerja dari rumah. Tak ada kos tambahan. Tak perlu sewa ofis, tak perlu isi minyak kereta, bayar tol, bayar parking. Tak perlu jumpa client kecuali melalui online. So banyak kos yang boleh jimat. Jadi, kenapa nak charge macam orang lain?

4. Lesen Terhad

Untuk dapat memberikan anda website mampu milik ini kami gunakan tools untuk bantu kerja kami jadi cepat. Kalau tools ini kami berikan sepenuhnya kepada anda tak dapat harga RM1000 tu. Jadi kami pegang lesen tools, dan kami beri had atas lesen tersebut. Kalau nak juga lesen penuh tu, boleh bincang, no problem.

5. Secukup Rasa

Kami berikan kepada anda ngam-ngam apa yang anda perlukan untuk permulaan. Esok bila dah maju boleh upgrade. Kami tak bagi benda yang anda tak pakai semata-mata untuk menaikkan harga atau bagi nampak banyak benefits, sedangkan anda tak perlu pun semua itu.

6. Sama Bantu Garu

Anda garu belakang kami, kami garu belakang anda. Anda berikan kami kandungan anda yang terbaik, penulisan, gambar, video dan sebagainya. jadi kami tak perlu nak charge anda servis buat semua ni. Harga boleh maintain murah. Anda bantu diri sendiri sebenarnya.

BAGAIMANA BENTUK WEBSITE ANDA NANTI?

Berikut adalah contoh-contoh rekabentuk website untuk anda bayangkan website anda.

Of cos, website anda akan punyai rekabentuk unik tersendiri sesuai dengan bisnes dan kandungan anda.

KENAPA TEMPAH SEKARANG?

Kami hadkan hanya untuk ambil beberapa projek sahaja setiap bulan.

Setiap projek akan masuk queue. Jadi kalau quota untuk bulan tertentu dah penuh, anda kena tunggu bulan seterusnya.

Harga adalah mengikut tawaran terkini masa anda bayar. Untuk hari ini RM1000 sahaja. Esok-esok tak ada jaminan.

Kalau betul anda nak mula bisnes online dan dah bersedia, bertindak cepat.

Hanya tinggal…

Kekosongan Projek

So, Jangan Berlengah Lagi.

Saya tunggu tempahan anda.


Jurureka Website.
Rekawebsite.com

 

P/S: Jangan risau, anda tempah dulu. Bila dah betul-betul nekad baru bayar, baru kita mula.
Tetapi harga tawaran locked bila bayar tau. Kalau anda bayar ketika tawaran dah berubah, itulah tawaran yang akan anda dapat.