Select Page

Antara kesilapan pengusaha perniagaan kecil adalah mengekalkan perniagaan mereka kecil. Apa yang dimaksudkan ialah, mereka berfikiran kecil dan beroperasi secara kecil-kecilan, oleh itu mereka mendapat keputusan yang kecil.

Pada zaman ini, pemikiran sedemikian sudah tidak sesuai lagi. Ini adalah kerana internet telah membukan banyak peluang-peluang yang tidak dapat dicapai beberapa dekad yang lalu.

Sayangnya, banyak pengusaha bisnes yang membiarkan peluang ini terlepas mereka telah meletakkan suatu had kepada perkembangan perniagaan mereka.

Berapa ramaikah dari pengusaha yang membaca artikel ini mempunyai ketrampilan online yang kuat dan berjaya dalam menjalankan bisnes online? Jika anda tidak melakukan demikian, apa alasan anda?

Anda sebenarnya tiada alasan, biar saya terangkan.

1. Kos Membina Website

Ramai yang menganggap kos membina website masih lagi kekal mahal. Saya teringat dahulu, untuk dapatkan website kurang dari 10 halaman yang statik, yang susah untuk dibina, menelan belanja beribu ringgit, dalam RM2,000 Saya tahu perkara ini, kerana saya mula terlibat dalam industri website sejak tahun 1997 lagi.

Tetapi zaman telah berubah. Sekarang ini, website sepatutnya tidak lagi dikira berapa bilangan halaman yang dibuat. Kerana dengan teknologi harini, pengurusan kandungan website sudah menjadi canggih dan kebanyakannya pula percuma. Cuma barangkali upah untuk membuatkannya profesional dan cantik sahaja yang dikenakan.

Begitu juga prasarana lain seperti domain name dan hosting. Dahulu hosting adalah sekitar RM300 setahun. Sekarang ini, jika pandai mencari, dan tidak tinggi pula keperluan server, kita boleh dapat sewa hosting serendah RM50 untuk setahun.

Mempunyai website perniagaan adalah langkah pertama dalam mengukuhkan perniagaan anda. Cuba anda kenang berapa kali anda ke internet untuk mengesahkan sesuatu produk atau servis atau syarikat sebelum anda membeli daripada mereka? Saya agak, banyak kali kita berbuat begitu.

Setiap kali saya ingin membeli sesuatu, contohnya Xoom H1, saya akan ke internet. Bermula dengan syarikat yang mengeluarkannya, kemudian mencari review pengguna tentang produk tersebut dan akhirnya ke website yang menjual barang tersebut untuk membandingkan harga.

Ini sudah menjadi suatu kebiasaan bagi generasi harini.

Oleh itu anda perlu mempunyai website yang tepat bagi memberi jawapan kepada persoalan yang dicari oleh ramai prospek pelanggan.

2. Media Sosial

Dengan media sosial seperti Facebok, Twitter, Instagram dan lain-lain, anda kini boleh berhubungan dengan jutaan orang di internet. Begitu juga dengan perniagaan anda.

Jika dahulu bisnes online hanya memerlukan website sebagai aset utama. Tetapi harini, ramai yang bermula perniagaan online dengan mempunyai keterampilan di media sosial. Dengan teknik hebahan yang betul perniagaan anda boleh mencecah ribuan prospek.

Yang menariknya, tiada kos yang perlu dilaburkan untuk media sosial, jika di kira daripada aspek kewangannya. Cuma sekiranya anda ingin mengiklankan perniagaan anda, baru ada kos tertentu. Dan mengiklankan perniagaan di media sosial adalah trend semasa dan terbukti dapat menjana pendapatan yang berlipat kali ganda sekiranya teknik yang digunakan itu betul.

Disebabkan mudahnya perniagaan menggunakan media sosial, mutu tawaran jika diperhatikan terhakis sedikit demi sedikit. Semua orang mampu menjual dengan media sosial sebab ianya percuma. Termasuklah yang menjual itu penipu dan yang hanya mementingkan untung semata-mata.

Di sinilah kembalinya peranan website untuk membezakan dari kalangan penjual media sosial yang ramai itu. Dengan website ia menambahkan kredibiliti atau pun keboleh-percayaan terhadap perniagaan anda.

3. Perkongsian Kepakaran dapat Mengukuhkan Autoriti Anda

Berapa ramai yang kita lihat mencari YouTube dan/atau pergi ke blog-blog untuk mencari sesuatu atau belajar sesuatu?

Perkara ini sudah menjadi suatu kelaziman.

Dengan berkongsikan kepakaran anda melalui blog atau lebih baik lagi dengan video, anda menambahkan keyakinan prospek kepada diri anda dan bisnes yang anda bawa.

Dengan berkongsi kepakaran, prospek akan tahu bahawa anda bukan hanya ‘bak cendawan selepas hujan’ yang cepat tumbuh, dan cepat pula hilang. Tetapi dengan berkongsi kepakaran, dan mengekalkan usaha itu, ia akan memberikan pulangan jangkamasa panjang.

Di tambah dengan kuasa media sosial, perkongsian bernilai akan gemar dikongsi. Ia manambahkan capaian anda dan secara tidak langsung mengukuhkan kedudukan anda sebagai autoriti dalam bidang kepakaran anda.

Kesimpulan.

Dengan mempunyai website anda boleh mengukuhkan kredibiliti dan autoriti anda sebagai pakar dalam bidang, produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan.

Untuk mengelakkan daripada ditipu, manusia mencari pakar-pakar yang diperakui masyarakat. Dengan itu anda secara tidak langsung mengembangkan perniagaan anda.

Ini semua berlaku dengan sebaran media sosial yang menjadi suatu kemestian pada ramai orang. Dengan Facebook sahaja anda berpotensi untuk mengiklankan kepada hampir 2billion orang di seluruh dunia, atau sekiranya perniagaan anda hanya di Malaysia, anda berpeluang untuk mencapai sehingga 22 juta rakyat Malaysia yang mempunyai akaun Facebook.

Dengan itu perniagaan anda tidak lagi kekal kecil. Ia boleh membesar. Dan kos yang terlibat untuk semua ini tidak sebesar kos bagi menjalankan kempen promosi dengan cara konvensional. Bahkan kos pengiklanan di internet adalah jauh lebih kecil daripada kos pengiklanan konvensional bahkan pengiklanan internet memberi pulangan yang jauh lebih besar.

Jadi lakukan tindakan bijak.
Rancangkan penampilan online anda.

Rekawebsite.com juga menawarkan khidmat rundingcara sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang potensi mengembangkan pernigaan anda secara online. Hubungi kami.

%d bloggers like this: