Select Page

1. Website Tambah Kredibiliti

Hari ini, semakin ramai pengguna menggunakan internet untuk mencari produk dan perkhidmatan yang mereka perlukan. Bisnes kecil anda akan dapat lebih kredibiliti (kepercayaan) sekiranya anda punyai website. Tanpanya, bakal pelanggan anda akan mencari pesaing anda yang punyai website untuk dapatkan maklumat dan tawaran yang menarik.

2. Jimatkan wang anda

Sebagai peniaga kecilan anda mungkin menyangkakan anda tidak mampu atau tidak perlu mempunyai website profesional. Tetapi sebenarnya anda tidak boleh tiada website. Walau pun upah pembinaan website mencecah ribuan ringgit, tetapi apabila website anda telah beroperasi, kos penyelenggaraannya adalah rendah -terutamanya jika anda menyelenggara sendiri website tersebut. Dan jika anda bandingkan pula dengan media pengiklanan tradisional seperti suratkhabar dan papan tanda (billboard) maka kos pembinaan website adalah kecil berbanding dengan potensi pelanggan yang dapat dicapainya sekiranya teknik yang betul digunakan.

3. Maklumat terkini

Fikirkan website anda seperti brosur atau katalog online. Adalah lebih mudah untuk mengemaskini maklumat tentang produk dan perkhidmatan di website anda daripada mencetak brosur atau katalog. ini menjadikannya cara yang lebih efektif untuk mengumumkan kepada pelanggan dan bakal pelanggan anda tentang produk terbaharu anda, majlis yang anda adakan atau perkhidmatan baharu yang anda tawarkan. Tidak seperti iklan bercetak yang cepat luput, website boleh memberikan maklumat dan berita terkini tentang perniagaan anda.

4. Website Sentiasa hidup

Website anda tetap boleh dicapai oleh pelanggan dan bakal pelanggan anda 24 jam sehari, 7 hari seminggu memberikan mereka kesenangan untuk melayari tawaran anda bila-bila masa. Walau pun pejabat anda tutup, tetapi perniagaan anda tidak. Dengan gayahidup hari ini, ini adalah satu kelebihan apabila pelanggan ingin membuat keputusan untuk membeli dari anda.

5. Sasaran yang luas

Samada anda menawarkan produk atau perkhidmatan, website anda menjadi lokasi pusat jualan alternatif melalui aplikasi ecommerce yang boleh dipasangkan pada website tersebut. Pelanggan tidak perlu melangkah masuk ke kedai anda untuk membeli, tetapi hanya membeli dengan beberapa langkah di internet. Dengan ini, perniagaan anda tidak dikekang oleh tempat tetapi terbuka untuk pasaran yang lebih luas.

Jika anda tidak yakin anda boleh menjual produk atau perkhidmatan anda secara online, anda perlu tahu, sekarang ini kereta dan rumah pun di jual online!

Whether you provide products or services, your website will provide an alternative location to sell them. As a retailer, a website (eCommerce) is a great place to sell your products to a wider market; even services can be made available globally. Don’t think you’ll be able to sell your products or services online? Don’t forget, even cars and houses sell online!

6. Jimatkan Masa Anda

Menyampaikan maklumat kepada pelanggan anda memerlukan masa, samada di telefon, bersemuka, melalui brosur atau melalui email. Dengan katalog online, anda boleh memberikan banyak maklumat tentang produk dan perkhidmatan anda. Apabila website anda sudah tersedia, ia langsung tersedia untuk memberi manfa’at kepada pelanggan dan bakal pelanggan anda. Masa itu wang. Jangan buang masa!

7. Tambah Nilai Kepada Pelanggan

Mungkin anda menjual produk mesra alam dan ingin memberikan tips bagaimana untuk recycle, atau mungkin juga anda jurukira / akauntan dan ingin memberikan nasihat kepada pelanggan anda bagaimana untuk menguruskan kewangan mereka. Dengan mengadakan halaman FAQ (halaman soalan-soalan lazim), menulis artikel dan atau menghantar ‘newsletter’ untuk menjawab persoalan pelanggan-pelanggan, anda boleh selalu berhubungan dengan pelanggan. Ini adalah satu cara untuk menambahkan nilai perniagaan anda di mata pelanggan, dengan maklumat-maklumat dan perkongsian ilmu.

%d bloggers like this: