Select Page

Ramai yang masih lagi di takuk pemikiran lama yang merasakan mempunyai website adalah mahal dan tidak balik modal. Ada dua sebab kenapa perkara ini menjadi suatu tanggapan umum kebanyakkan orang.

a) Mereka tidak tahu apa yang paling asas diperlukan pada sesebuah website dan apa sebenarnya yang mereka sendiri perlukan.

b) Mereka tidak tahu bagaimana menyukat samada website mereka telah balik modal atau tidak.

Mengetahui Tujuan Pembinaan Website

Kita ambil contoh begini.

a) Sekiranya anda perlu bergerak setiap hari dari titik A ke titik B yang berjarak 5 kilometer, kenderaan apa yang anda beli untuk mengawal ekonomi perniagaan anda?

b) Bagaimana pula sekiranya anda perlu bergerak dari titik B ke titik C yang berjarak 500km, apa pula pilihan kenderaan anda? Adakah anda menggunakan pilihan kenderaan yang anda pilih pada soalan (a) di atas?

c) Bagaimana kalau sebenarnya arahan ialah, anda dikehendaki bergerak dari titik B ke titik C yang berjarak 500km dalam masa kurang dari 42jam.

d) Dan pertimbangkan syarat terakhir untuk anda bergerak dari titik B ke titik C yang berjarak 500km dengan muatan seberat 5 tan?

Adakah anda memilih kenderaan yang sama untuk semua tujuan? Tidak, kan?

Begitulah sebenarnya apabila kita menimbangkan pembangunan website.

Sebenarnya tiada suatu harga yang tetap. Ia perlu berdasarkan kepada tujuan pembinaan website itu, dan tahap mana anda mahukan website itu dibina.

Menyukat Keberkesanan Website

Sekiranya kita tidak tahu samada kita sudah sampai atau belum, kita akan merasa bosan. Kan?

Contoh; anda di undang oleh rakan bisnes untuk bertemu pelanggan. Tetapi apabila ditanya di mana, tidak diberitahu hanya yang anda perlu ialah mengosongkan sepenuhnya hari anda.

Anda bermula dengan menaiki kapal terbang. Tetapi disebabkan anda dibawa menaiki pesawat peribadi, anda tidak tahu ke mana tujuan. Apakah tidak anda resah sepanjang perjalanan memikirkan ke mana tujuan?

Setelah 2 jam anda pun mendarat, dan kemudian di bawa menaiki kenderaan pacuan empat roda melalui kawasan off-road, tidak kah anda semakin bosan? Bila nak sampai. Ke mana tujuan? Apa ada di tujuan?

Dan setelah 2 jam melompat-lompat di dalam kenderaan, anda dibawa menaiki sampan pula. Melalui sungai yang bagi anda tiada tanda-tanda langsung anda di mana dan nak ke mana. Adakah anda sesat? Adakah orang yang membawa anda itu sesat?

Begitu adalah gambaran apabila anda tidak boleh menyukat kedudukan anda di dalam masa dan tempat. Anda mungkin akan tiba kepada persoalan atau keraguan terhadap apa yang anda ingin lakukan.

Begitu juga website. Sekiranya anda tidak tahu milestone yang terlibat dalam pembinaan, dan seterusnya apa yang berlaku dalam kitar kehidupan website, anda akan ‘lost’ dan mula meragui apa ada dengan website?

Ramai orang memandang kos yang dikeluarkan adalah untuk membina website sahaja hingga ia hidup di internet. Ia seolah-olah anda menyangkakan kereta dibina hanya untuk showroom sahaja, sedang setelah itu ada lagi proses-proses lain. Ada proses menguji untuk merasainya, ada proses menjualnya, ada proses selengaraannya dan peningkatan prestasinya dan banyak lagi.

Website Yang Menjual

Fasa terpenting website adalah memasarkannya, atau meletakkannya dalam perhatian sasaran pengunjung website anda. Ini bererti, website anda perlukan trafik. Inilah tujuan utama website dibina. Jika tidak baik anda print sahaja setiap maklumat dalam website itu ke atas kertas dan simpan dalam peti besi. Sama juga. Tiada siapa yang mengetahui tentangnya. Tak begitu?

Jika pembinaan website hanya fokus kepada mengeluarkannya untuk showroom, maka pembinaan itu gagal. Ia akan jadi website syok sendiri. Kerana matlamat website ialah perlunya ia untuk menjual apa yang hendak dijual kepada sasaran jualan. Bukan untuk tujuan ‘vanity’ (syok sendiri). Beza antara keduanya ialah trafik.

Maka pembinaan yang sebegitulah yang akan menyebabkan kosnya mahal. Walaupun mahal, ia berkemungkinan besar tidak dapat menjual apa yang sepatutnya dijual.

Website Tidak Kekal Sama

Website yang menjual perlu perubahan yang berterusan. Ia tidak boleh kekal sama selama-lamanya sepertimana ketika ia disiapkan. Ia perlu berubah selalu.

Ini adalah kerana ia perlu benar-benar sesuai dengan sasaran pengunjung. Untuk itu, ia perlu diuji apa yang berkesan, apa yang tidak. Jika ia tidak berkesan ia perlu diubah dan diuji semula sehingga mendapat susunan dan persembahan yang paling optima untuk jualan.

Setiap perubahan ini tidak sepatutnya menelan belanja yang banyak pada setiap kali perubahan. Pembinaan mulanya juga tidak memerlukan belanja yang banyak.

Perubahan berterusan ini adalah konsep dasar bagi website yang menjual.

Kesimpulan

Website sebenarnya tidak lah mahal atau tidak perlu menjadi mahal sekiranya anda tahu apa yang anda perlukan dan mencari pakar yang memahami keperluan anda itu dan dapat membinanya dengan baik.

Jangan laburkan untuk mendapat website showroom, yang belum tentu menjual.

Yang anda perlukan ialah website yang sesuai untuk diuji berkali-kali bagi mendapatkan rekabentuk dan susunan yang optima untuk jualan yang disukat dengan trafik dan jualan.

Cara dan konsep website dibina juga telah berkembang bersama teknologi. Website dahulu kala lebih kepada meletakkan maklumat tanpa meletakkan penekanan kepada trafik dan keberkesanan maklumat atau kandungan kepada trafik tersebut.

Perkara ini telah berubah.
Pada zaman ini, sesebuah website itu perlu menang dengan nilai dan daya tarik kerana terdapat berbillion website di internet yang mahukan perhatian.

Anda juga perlu tahu bagaimana untuk menyukat milestones website anda. Apa yang anda harapkan. Apa yang anda perlu laburkan untuk mendapatkan harapan anda itu.

Contohnya; anda perlu 1000 clicks untuk mendapat statistik samada halaman anda itu mampu menjual atau tidak. Jika tidak anda perlu ubah, dan laburkan lagi untuk mendapat 1000 clicks untuk mengujinya sekali lagi sehingga anda benar-benar dapat website yang menjual. Itulah wajah website yang menjual.

Tahukan anda sekiranya anda membeli supercar seperi Lamborghini, dan kemudian menanggalkan semua kerusinya dan perhiasan dalaman, termasuk side-mirror dan perkakasan lain yang tidak diperlukan, kereta itu boleh pergi lagi laju?

Apa yang anda perlukan pada website sebenarnya? Dan bagaimana menyukatnya?

Rekawebsite.com juga menawarkan khidmat rundingcara untuk membantu anda membina website yang dinamik, ringan, boleh sentiasa berubah untuk mengoptimumkan jualan. Hubungi Kami.

%d bloggers like this: