Select Page

Ramai pemilik bisnes mengabaikan kepentingan mempunyai website yang mampu menjual. Ada yang menyangkakan bahawa memiliki website yang mampu menjual itu mahal dan leceh untuk diselenggara.

Jadi mereka memilih untuk mencari penyelesaian murah.

Dan ramai juga yang memiliki website memilih untuk menceritakan tentang diri mereka dan syarikat mereka daripada memilih untuk mejual apa yang mereka ada samada produk atau servis.

Tidak boleh dinafikan lagi, website mempunyai peranannya tersendiri dalam pembangunan bisnes online.

Kali ini kita akan lihat apakah faktor kejayaan website—terutamanya bagi bisnes kecil— dalam menjual. Katakunci penting di sini ialah menjual. Maksudnya membawa pulangan sesuai dengan objektif pembinaan website itu.

Perkara ini adalah penting kerana, website merupakan gantidiri anda di alam maya internet. Ianya dapat dicapai —jika dibina dengan betul— oleh mereka yang mencari produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan.

Apabila pelanggan mencari sesuatu di internet, anda perlu muncul sebagai pilihan di hadapan mereka, bersama-sama dengan pesaing anda juga akan tersenarai pada paparan keputusan carian search engine.

Bila mereka klik pada link anda, persoalannya adakah mereka akan yakin dan membeli dengan anda, atau beralih kepada link lain dan beli di sana?

So, bagaimana anda membina website yang berupaya dan mampu menolong anda menjual produk atau perkhidmatan anda?

1. Statik vs Dinamik

Anda ingat lagi halaman Geocities yang pernah menjadi standard website suatu masa dahulu? Jika anda tahu apa yang saya katakan ini, nampaknya anda orang lama di internet 😉

Halaman yang dibina pada servis percuma yang ditawarkan oleh Geocities, adalah halaman statik. Fokus ketika itu pada zaman awal tahun 2000 ialah menyampaikan maklumat, dan semua orang menjadi kreatif dengan tulisan yang pelbagai warna, gambar animasi, lampu lip-lap, dan berbagai elemen lain lagi yang membawa perhatian jauh daripada tumpuan kepada menjual.

Sayangnya, harini masih ada website yang kelihatan seperti 20 tahun lepas.

Bagaimana pelanggan akan yakin dengan website yang mempunyai penampilan purba sebegitu? Mereka mungkin sehingga keliru samada website itu masih hidup atau tidak.

Pelanggan harini sudah biasa dengan rupagaya website harini, yang mencabar dan berubah setiap tahun. Cabaran rekabentuk harini di zaman segalanya pantas ialah untuk menangkap perhatian pengunjung dengan segera. Jika tidak mereka akan beralih kepada pilihan lain yang lebih mesra, familiar dan meyakinkan.

Jika beberapa pengunjung sampai ke website anda, mereka mengimbas sini sana dan kemudian meninggalkan website anda, itu bermaksud website anda tidak berupaya menangkap mereka untuk kekal lama —sekurang-kurangnya untuk habis membaca atau menyelami produk / servis yang anda tawarkan.

Anda mungkin perlu menambahkan video, goodies percuma, audio, atau apa-apa yang lebih daripada teks.

Kebanykkan pengunjung harini mempunyai tahap perhatian yang pendek. Jadi anda perlu cepat menangkap perhatian mereka itu dan membawa mereka kepada tawaran anda dengan lebih berkesan.

2. Menjual Solusi Dengan Cepat

Website anda perlu cepat menyampaikan solusi apa yang anda dapat berikan kepada masalah pengunjung.

Kebanykkan website lebih banyak menceritakan tentang sesuatu tetapi tidak menjual sesuatu apa pun dengan cerita tersebut. Mereka sangkakan penceritaan itu sama seperti menjual.

Yang salahnya dengan penceritaan mereka itu ialah, ianya tidak membawa kepada jualan tetapi hanya suatu penceritaan sahaja.

Menjual ialah menunjukkan nilai solusi yang akan pengunjung dapat apabila mereka membeli dengan anda yang akan menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

BIla pengunjung datang ke website anda, mereka mencari penyelesaian yang jelas terhadap masalah atau cabaran yang mereka hadapi. Gimick yang berlebihan hanya akan membuatkan pengunjung lari daripada website anda dan mencari pesaing anda yang lebih jelas dan dipercayai.

3. Ringkas dan Senang DIlayari

Kita semua tak suka buat kerja lebih tanpa jelas apa yang kita akan dapat. Begitu juga di website, pengunjung tidak suka diberikan kerja yang berlebihan untuk sampai kepada suatu penyelesaian.

Ingat. Sekarang ini zaman serba pantas dan ia mempengaruhi tindak tanduk seseorang, termasuk pengunjung website yang tidak mahu dipersulitkan untuk perlu menggali di dalam timbunan pautan untuk sampai kepada penyelesaian masalah yang dihadapinya.

Contohnya: Kesukaran untuk mendapatkan maklumat perhubungan bakal menyebabkan anda kehilangan  pembeli berpotensi.

Untuk menjual, peraturannya senang sahaja: biar ringkas dan mudah.

Sebab itu, masani, website jenis landing page (website jualan) adalah lebih digemari dalam menjual samada produk atau servis. Kerana ia direka khusus untuk membawa pengunjung supaya membeli. Dengan semua maklumat yang perlu tertera pada satu halaman sahaja tanpa ada pautan lain yang mencuri perhatian.

Kesimpulan.

Website anda adalah jurujual yang berkerja tanpa henti 24 jam sehari 7 hari seminggu, sepanjang tahun. ia boleh menjual kepada beratus orang sehari bahkan beribu dan berjuta tanpa penat lelah.

Tapi itu hanya mungkin sekiranya anda memberi perhatian kepada bagaimana anda membina halaman jualan ini.

Ditulis berdasarkan artikel ini.

%d bloggers like this: