Select Page

CMS bermaksud Content Management System atau Sistem Pengurusan Kandungan.

Jika 15 tahun dahulu, halaman website dibina secara manual satu persatu, tetapi kini ada suatu aplikasi web yang dipasangkan di hosting anda yang mampu menerbitkan halaman dengan mudah, secara automatik. Apa yang anda perlu lakukan ialah menulis atau memasukan kandungan dan menetapkan tetapan yang sesuai seperti tags, kategori dan sebagainya.

Sistem inilah yang dipanggil CMS. Ia membolehkan kandungan diterbitkan dengan cepat, tanpa perlu kepada kebolehan teknikal yang tinggi. Ini bermaksud sesiapa sahaja yang mempunyai asas menggunakan komputer boleh menerbitkan kandungan dalam bentuk halaman tanpa perlu bergantung kepada pegawai IT.

Sejarah Ringkas Perkembangan CMS

CMS bermula pada zaman forum. Ketika itu BB (Bulletin Board) atau dikenali dengan Forum adalah merupakan trend yang digemari ramai. Jadi pada ketika itu muncul banyak aplikasi forum.

Kemudian zaman beralih dan ramai pengguna mula menggemari blog pula. Bermula dari detik inilah CMS berkembang dengan pesat. Daripada alat untuk memudahkan menulis blog, menjadi sistem canggih yang dapat membina website besar dengan trafik yang tinggi.

Kelemahan Utama Website Manual Berbanding CMS

Kelemahan website yang dibina secara manual ialah apabila rekabentuk dan susunaturnya hendak diubah. Ia memerlukan pengubahan kesemua halaman-halaman yang ada. Sekiranya terdapat 100 halaman, maka terpaksalah 100 halaman itu diubah secara manual, walaupun perubahan itu hanya kecil dan sedikit.

Tetapi dengan CMS, kebanyakkannya menggunakan tema atau template, yang menyebabkan pengubahan rekabentuk dan susunatur hanya dibuat pada beberapa fail punca, dan setiap kandungan akan menerima perubahan ini secara serentak dan terus.

Perkara Umum Yang Anda Perlu Ketahui Tentang CMS

Antara perkara yang perlu anda ketahui tentang CMS ialah;

  1. Komuniti Sokongan; samada ia mempunyai komuniti sokongan yang aktif dan membantu. Kerana kadangkala, apabila anda memerlukan sesuatu fungsi yang unik untuk website anda contohnya, anda mungkin perlukan bantuan komuniti.

  2. Keselamatan; selidiki samada CMS tersebut mempunyai rating yang baik tentang keselamatannya.

  3. Tema; semak samada CMS anda menyokong tema, dan sekiranya ia mempunyai sokongan pihak ke tiga dalam membina tema-tema khusus, yang mungkin anda perlukan.

  4. Plugin; merupakan tambahan fungsi kepada CMS anda. Sekiranya CMS itu mempunyai komuniti yang aktif, atau punyai sokongan premium, sokongan plugin juga akan dapat memberikan anda banyak manfaat. Contoh; sekiranya anda perlu menyambungkan CMS anda kepada Email Marketing software seperti MailChimp, adakah terdapat plugin yang akan memudahkan kerja anda itu.

  5. Sokongan halaman; ini penting sekiranya anda menjangkakan kandungan website anda akan menerbitkan kandungan yang banyak.

Terdapat banyak jenis CMS di internet. Setiap satu mempunyai ciri-ciri tersendiri dengan kesesuaian yang berbeza-beza untuk jenis-jenis website yang berbeza. Jadi sekiranya anda memutuskan untuk membina website, tanyakan kepada perekaweb anda tentang CMS apa yang digunakannya. Dan kemudian lakukan research anda tentang CMS tersebut.

%d bloggers like this: