Select Page

Web hosting merujuk kepada tempat di mana semua fail-fail yang membina website anda diletakkan. Ia bukan sahaja tempat penyimpanan fail-fail tetapi juga dimana terdapat perkhidmatan lain yang menyokong website anda seperti pengkalan data dan mempunyai Panel Kawalan yang mentadbir banyak lagi perkhidmatan lain.

Apabila seseorang menaipkan contohnya “rekawebsite.com” maka dia akan dibawa ke host tersebut untuk ditunjukkan fail-fail yang membentuk websitenya.

Antara beberapa perkara penting untuk anda ketahui ketika memilih sesebuah web hosting ialah;

Platform

Pastikan pakej web hosting yang ingin anda pilih itu menggunakan platform apa. Contoh platform ialah seperti Windows atau Linux. Kebanyakkan website dibina atas platform Linux untuk menjimatkan kos. Ini adalah kerana Sistem Operasi Linux adalah percuma, kemudian perkhidmatan atau perisian lain yang menyokong hosting di atas Linux ini juga adalah Open Source, seperti MySQL dan PHP. Disebabkan itu ia menjadi pilihan utama.

Sekiranya website yang anda bangunkan itu merupaka projek khas yang memerlukan platform Windows, maka anda perlu mencari pakej hosting yang menyokong Windows.

Ruang Storan (Space)

Ruang storan adalah saiz berapa banyak dan besar fail-fail anda boleh di isi.

Contoh mudah faham: Ia ibarat berapa luas gudang untuk anda menyimpan barang. Lagi luas tentulah lagi mahal.

Bandwidth (Traffic)

Bandwith adalah merujuk kepada berapa jumlah traffik sebulan (biasanya) yang dibenarkan sampai kepada website anda. Ini penting sekiranya website anda menjadi tumpuan dan banyak orang melayari website anda, maka ketika itu traffic ke host website anda menjadi tinggi. Jika bandwidth (bayangkan lebar jalan) itu kecil, maka traffik akan jadi tersangkut-sangkut. Atau sekiranya terlalu ramai, web host itu sendiri akan menghadkan atau menutup laluan ke website anda.

Contoh mudah faham: Bandwidth = lebar jalan menujuk ke tempat anda.

Domain

Apabila bercakap tentang domain di dalam tajuk Hosting, berikut adalah beberapa hal tentang domain yang perlu anda ketahui;

Add Domain

ini bermaksud menambahkan domain pada host yang sama, seperti contoh anda melanggan satu host kemudian anda meletakkan 3 website; aku.com, dia.com dan kita.com yang berbeza antara satu sama lain di atas host yang sama.

Contoh mudah faham: Seperti anda menyewa sebuah pejabat (hosting) tetapi terdapat 3 perniagaan (website) yang dijalankan secara berasingan di dalam perjabat tersebut.

Park Domain

Sekiranya anda mengambil beberapa domain name untuk jenama anda contoh: rekawebsite.com, rekawebsite.net, rekawebsite.org dan rekawebsite.my tetapi anda hanya perlukan satu sahaja website yang mana semua domain name ini akan membawa pengunjung kepada website yang sama. Inilah kebolehan untuk park domain.

Contoh mudah faham: Pejabat yang anda sewakan itu mempunyai 3 alamat yang jika pengunjung ikut alamat yang mana juga akan tiba di tempat yang sama.

Sub Domain

ini adalah merujuk kepada berapa banyak sub domain yang boleh anda buat. Contoh; bebasrokok.my adalah domain anda dan anda ingin meletakkan nama yang unik dibawah bebasrokok.my ini seperti; muslim.bebasrokok.my, pelajar.bebasrokok.my, pekerja.bebasrokok.my, hari.bebasrokok.my, puasa.bebasrokok.my.

Contoh mudah faham: Sub domain ibarat bilik-bilik di dalam pejabat anda tadi. Apabila anda katakan bilik Pengurus.rekawebsite ia merujuk khusus kepada bilik pengurus. Manakala jika dirujuk pereka.rekawebsite ia khusus pada bilik pereka.

Jika secara umum anda alamatkan kepada Rekawebsite.com,Jalan Kenari, Pahang. Tetapi untuk lebih khusus lagi anda boleh gunakan sub-alamat (domain) seperti Pengurus, Rekawebsite.com, Jalan Kenari, Pahang.

Kebanyakkan hosting akan memberikan anda kebolehan untuk menambahkan sub domain ini tanpa had.

Pengkalan Data

Anda perlu memahami samada website anda memerlukan pengkalan data atau tidak. Bagi website moden dewasa ini, mungkin tiada lagi web host yang tidak menyediakan Pengkalan Data. Cuma yang mungkin perlu anda perhatikan ialah berapa banyak pengkalan data yang dibenarkan. Biasanya untuk sesebuah website, 1 pengkalan data sudah mencukupi. Tetapi bergantung kepada tujuan website tersebut dan cara ia dibangunkan, ia mungkin memerlukan lebih daripada 1 website.

Email

Lazimnya hosting akan bagi email sekali. Ini membolehkan anda membuat seberapa banyak akaun email selagi ia di dalam had yang dibenarkan oleh hosting. Tetapi perhatikan juga, ada hosting murah yang hanya beri 1 akaun email sahaja.

Ini mungkin tidak penting sangat bagi kebanyakkan kes. Kecuali website korporat yang memerlukan akaun email yang banyak untuk setiap pekerja.

Control Panel

Ini adalah halaman dimana semua fungsi dan perkhidmatan yang termasuk dalam pakej hosting anda boleh ditetapkan. Contoh, untuk mencipta Pengkalan Data baru, untuk buat akaun FTP dan sebagainya.

Sokongan

Kebanyakkan web hosting mempunyai bantuan sokongan yang baik. Ini tidak lah diperlukan setiap hari, tetapi menjadi amat penting pada hari ada masalah terjadi kepada website anda. Anda memerlukan bantuan dan sokongan daripada web hoster untuk meleraikan masalah.

Jadi sekiranya boleh, ketika memilih web hosting, baca review pelanggan web hosting tersebut terlebih dahulu. Dan perhatikan terutamanya komen tentang maklumbalas sokongan, berapa pantas dan ada atau tidak kes sokongan lambat atau ketidak puasan hati terhadap sokongan ini.

Jarak Bayar

Ini bukanlah suatu ciri yang penting. Tetapi mungkin anda perlu faham benar-benar jarak pembayaran yang diletakkan pada senarai pakej. Ada yang meletakkan harga bayaran setahun, ada yang meletakkan harga sebulan tetapi perlu dibayar dalam kadar setahun dan sebagainya. Jadi elakkan anda tersalah maklumat.

Dedicated Versus Shared

Antara perkara lain yang perlu anda tahu tentang hosting ialah terdapat secara umumnya dua jenis server (pelayan) yang disediakan oleh kebanyakkan hosting -terutamanya hosting yang besar.

Shared Hosting

Ini adalah server yang dikongsi dengan website-website yang lain. Ini bermaksud setiap banyak website yang berada pada satu server. Walaupun biasanya pakej shared hosting ini jauh lebih murah, tetapi kadangkala disebabkan ianya berkongsi IP (alamat protokol internet) yang sama dengan website lain, sekiranya ada diantara website tersebut yang bermasalah, maka kemungkinan website anda juga akan terlibat kerana berkongsikan IP yang sama.

Dedicated Hosting

Terlebih baik sekiranya anda memilih yang memberikan IP tersendiri kepada hosting anda jadi anda tidak berkongsi IP. Tetapi, memanglah harganya akan lebih. Ini yang dinamakan dedicated hosting.

Ada satu lagi istilah bagi jenis hosting iaitu co-location
Hosting ini ialah apabila anda meletakkan server anda sendiri di webhost tanpa memberikan capaian kepada orang lain. Web host hanya akan mengadakan kerja-kerja penyelenggaraan

SLA (Service Labour Agreement)

Perhatikan juga SLA, berapa jaminan uptime yang diberikan.

Berapa sukatan cukup?

Spesifikasi yang sesuai untuk setiap website itu mungkin berbeza. Tetapi secara umumnya, sekiranya anda baru memulakan perniagaan di internet, biasanya keperluannya adalah tidak tinggi.

Dengan 1GB webspace dan 10GB bandwidth sebulan sudah cukup untuk bermula.

Tetapi sekiranya anda seorang kenamaan seperti artis, tokoh masyarakat, anda mungkin perlu bermula dengan kadar yang lebih besar terutamnya pada bandwidth.

Untuk mendapatkan khidmat nasihat berapa sebenarnya yang anda perlukan yang sesuai dengan keadaan anda, sila hubungi kami.

Hosting ini perlukan “alamat” untuk dijumpai oleh orang ramai. “Alamat” ini dikenali dengan nama Domain Name. Sila baca artikel tersebut di sini.

%d bloggers like this: