Select Page

Domain Name secara ringkasnya bolehlah dikatakan sebagai Nama bagi website anda atau pun mungkin lebih tepat dikatakan sebagai alamat website anda.

Contoh, Domain Name bagi website kami ini ialah “rekawebsite.com”.

Ia adalah nama dan juga alamat yang mana dengannya sesebuah website itu dikenal dan kita sampai padanya.

TLD – Top Level Domain

Ini adalah pengakhiran pada setiap domain name. Contoh, TLD bagi website rekawebsite.com ini ialah, “.com”. Terdapat banyak TLD bagi website di internet.

Antara yang mungkin lazim anda jumpa ialah tetapi tidak terhad kepada; .net, .org, .com.my, .net.my, .asia, .mobi, .my, .us dan sebagainya lagi.

Untuk senarai penuh TLD anda boleh lihat sini.

TLD bagi domain-domain dari Malaysia berakhir dengan .my. Iaitu seperti, .net.my, .org.my, .edu.my, .gov.my, .my. Badan yang bertanggungjawab mengawal “.my” ini ialah Mynic.

Mempunyai Domain Name adalah langkah pertama dalam mempunyai website. Langkah kedua pula ialah untuk mendapatkan hosting untuk meletakkan fail-fail website anda. Ia ibarat anda menyewa tapak rumah (website) anda. Baca artikel berkenaan Web Hosting di sini.

%d bloggers like this: